Bermula tahun 2026, kerajaan memperluaskan bantuan barangan asas melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan menggunakan MyKad sebagai kaedah pembayaran tanpa tunai. Kini, bukan sahaja kategori Isi Rumah โ tetapi golongan Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan turut layak menerima bantuan ini. ๐
Bantuan MyKad ini adalah kesinambungan daripada STR, namun dengan bentuk pemberian yang lebih fokus kepada barangan keperluan asas harian.
Jika anda ingin tahu cara permohonan, kelayakan, jumlah bantuan serta pendaftaran eKasih, hamba sudah susunkan semuanya secara lengkap di bawah. ๐
๐ APA ITU BANTUAN MYKAD?
Bantuan MyKad ialah bantuan barangan asas yang disalurkan secara bulanan melalui sistem MyKasih. Penerima tidak menerima wang tunai โ tetapi menerima kredit bantuan dalam MyKad untuk membeli barangan keperluan bertanda logo SARA / MyKasih di kedai yang berdaftar.

Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsApp- ๐ณ Bantuan dikreditkan terus dalam MyKad setiap bulan.
- ๐ Hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas.
- ๐ Pembayaran dibuat menggunakan MyKad di kedai terpilih.
- ๐ Tempoh bantuan: 12 bulan (Januari โ Disember 2026).
Bantuan ini merupakan lanjutan daripada STR dan bertujuan meringankan tekanan kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah.
๐ SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD 2026
Syarat kelayakan terbahagi kepada dua kategori utama: SARA eKasih dan SARA STR.
๐ SARA eKasih
- ๐ฒ๐พ Warganegara Malaysia
- Tersenarai sebagai Miskin / Miskin Tegar dalam eKasih
- Penerima STR 2026
- Kategori: Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
๐ SARA STR (Bukan eKasih)
- Penerima STR 2026 walaupun tidak berada dalam sistem eKasih
- Kategori: Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
๐ฅ Secara ringkasnya, sesiapa yang layak STR 2026 berpotensi besar layak menerima bantuan SARA melalui MyKad.
๐ต JUMLAH BANTUAN MYKAD 2026 (MENGIKUT KATEGORI)
๐ฆ SARA eKasih
| Kategori | Jumlah Setahun | Kadar Bulanan |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 | RM200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,800 | RM150 |
| Bujang | RM1,200 | RM100 |
๐ฆ SARA STR (Bukan eKasih)
| Kategori | Jumlah Setahun | Kadar Bulanan |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM1,200 | RM100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 | RM50 |
| Bujang | RM600 | RM50 |
๐ฅ Jumlah bantuan jelas menunjukkan bahawa kategori eKasih menerima bantuan lebih tinggi berbanding penerima STR biasa.
๐งพ PERMOHONAN BANTUAN MYKAD 2026
Bantuan MyKad 2026 tidak memerlukan permohonan kerana ia diberikan secara AUTOMATIK kepada:
- Penerima STR 2026
- Penerima eKasih (Miskin / Miskin Tegar)
Namun, permohonan diperlukan jika:
- Anda BELUM memohon STR; atau
- Anda BELUM berdaftar dalam eKasih walaupun pendapatan di bawah PGK (Pendapatan Garis Kemiskinan)
๐ PERMOHONAN STR 2026 โ CARA MOHON
Untuk memohon STR 2026, ikut langkah mudah berikut:
- Layari portal rasmi STR: Klik di sini
- Pilih Permohonan Baharu
- Pilih Ya, Teruskan untuk permohonan tanpa MyDigital ID
- Isi Maklumat Pemohon termasuk:
- Nombor MyKad
- Nombor Telefon
- Pekerjaan
- Pendapatan Isi Rumah
- Alamat, Akaun Bank & emel

- Isi maklumat pasangan (jika ada)
- Isi maklumat anak (jika ada)
- Muat naik dokumen sokongan
- Sahkan permohonan dan klik Hantar
- Paparan berjaya dihantar akan muncul untuk dicetak
๐ฆ PENDAFTARAN eKASIH (MISKIN & MISKIN TEGAR)
Jika pendapatan anda sangat rendah dan mahu disenaraikan sebagai penerima eKasih, berikut caranya:
- Layari portal rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
- Scroll ke bawah dan klik Pendaftaran eKasih
- Rujuk carta alir pendaftaran yang dipaparkan
- Hadiri Pejabat Daerah / Pejabat Pembangunan Negeri ATAU hubungi PPN negeri masing-masing
Antara talian PPN yang boleh dihubungi:
- Perlis: 04-9731976
- Kedah: 04-7209236
- Pahang: 09-5178208
- Sabah: 088-484800
- …dan lain-lain seperti dalam senarai penuh
๐ INFO & PERTANYAAN LANJUT
Sebarang pertanyaan berkaitan Bantuan MyKad (SARA) 2026 boleh hubungi:
- ๐ Talian Bantuan: 03โ7720 1800
- ๐ Waktu Operasi: Isnin โ Jumaat (8.30 pagi โ 5.30 petang)
- ๐ง Email: sara@mykasih.com
