Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) bagi tahun 2025 merupakan salah satu program penting kerajaan untuk membantu rakyat membeli barangan keperluan asas tanpa menggunakan wang tunai. Semua bantuan ini dikreditkan terus ke dalam IC (MyKad) penerima dan hanya boleh digunakan di premis terpilih yang berdaftar di bawah program MyKasih.
Walaupun ramai sudah menggunakan sebahagian daripada bantuan tersebut, masih ramai juga yang belum sedar bahawa bantuan SARA mempunyai tarikh luput dan baki yang tidak digunakan akan hangus selepas tarikh akhir.
Oleh itu, mengetahui tarikh pengkreditan, jumlah yang diterima dan tarikh luput penggunaan adalah sangat penting agar anda tidak terlepas peluang untuk menghabiskan baki yang ada. Artikel ini menghimpunkan maklumat lengkap untuk mudahkan pemahaman semua penerima.

TARIKH BANTUAN SARA DIKREDITKAN DALAM IC 2025
Bantuan SARA dikreditkan ke dalam IC mengikut dua kaedah: bulanan dan one-off. Berikut adalah jadual rasmi:
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsApp| Jenis Pengkreditan | Tarikh Kredit |
|---|---|
| Fasa 1 (Bulanan) | 15 Jan, 1 Feb, 1 Mac 2025 |
| Fasa 2 (Bulanan) | 1 Apr – 1 Dis 2025 (setiap 1 haribulan) |
| One-Off | 31 Ogos 2025 |
Setiap bantuan yang diterima akan terus berada dalam sistem MyKasih dan boleh digunakan di premis terpilih selagi belum melepasi tarikh akhir penggunaan.
TARIKH AKHIR GUNA DUIT BANTUAN SARA 2025
Ramai penerima terlepas pandang bahawa baki SARA tidak akan dibawa ke tahun 2026. Anda wajib menggunakan kesemua baki sebelum tarikh berikut:
| Kategori | Tarikh Akhir Guna | Tempoh Sah |
|---|---|---|
| Bulanan Fasa 1 | 31 Disember 2025 | 12 Bulan |
| Bulanan Fasa 2 | 31 Disember 2025 | 9 Bulan |
| One-Off | 31 Disember 2025 | 4 Bulan |
Pastikan semua baki digunakan sebelum tarikh ini kerana sistem MyKasih akan menamatkan akses automatik selepas 31 Disember.
JUMLAH DUIT SARA MENGIKUT KATEGORI 2025
Jumlah kredit bantuan adalah berbeza mengikut status penerima sama ada miskin tegar, miskin, atau bukan miskin.
1. Penerima Miskin & Miskin Tegar eKasih
| Kategori | Fasa 1 | Fasa 2 |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100/bulan | RM200/bulan |
| Warga Emas | RM100/bulan | RM150/bulan |
| Bujang | RM50/bulan | RM50/bulan |
2. Penerima Bukan Miskin
| Kategori | Fasa 1 | Fasa 2 |
|---|---|---|
| Isi Rumah | – | RM100/bulan |
| Warga Emas | – | RM50/bulan |
| Bujang | – | – |
3. Bantuan One-Off (Semua Dewasa)
| Kategori | Jumlah |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 suami + RM100 isteri |
| Warga Emas | RM100 |
| Bujang | RM100 |
CARA GUNA BANTUAN SARA DALAM IC
Bantuan ini tidak boleh dikeluarkan sebagai tunai. Ia hanya boleh digunakan di premis MyKasih seperti pasar raya, kedai runcit atau farmasi terpilih.

- Bawa IC ke kaunter pembayaran.
- Pilih barang yang mempunyai label SARA.
- Juruwang akan imbas IC dan menolak baki secara automatik.
- Anda akan menerima resit pembelian untuk rujukan.
CARA SEMAK BAKI SARA – APLIKASI MYKASIH
Jika anda ingin tahu baki terkini bantuan, semakan boleh dibuat melalui aplikasi MyKasih:
- Muat turun aplikasi MyKasih di App Store atau Google Play.
- Pilih “SARA Bulanan & Penghargaan One-Off”.
- Masukkan nombor IC tanpa simbol (-).
- Tekan “Semakan Status”.
- Baki bantuan akan dipaparkan pada skrin.
RUJUKAN RASMI
Sebarang pertanyaan atau masalah penggunaan boleh dirujuk kepada:
Talian Bantuan: 03-7720 1800
Laman Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my/contact-us/
