1 May 2025, Thu

Doa Selepas Azan Rumi Dan Maksudnya – PANDUAN JAKIM

Doa selepas azan

Bacaan doa selepas azan adalah sunnah dibacakan apabila selesai azan berkumandang.

Azan adaah seruan yang mengumumkan bahawa sudah masuk waktu bagi solat fardhu. Manakala iqamat pula bererti bangkit dengan lafaz tertentu yang memberitahu para jemaah untuk mula mendirikan solat.

Berikut adalah doa ringkas selepas azan.

Doa Selepas Azan Rumi Dan Jawi

Umat Islam disunatkan untuk membaca doa  selamat sejahtera ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Jawi :

Bacaan doa selepas azan jawi

Rumi : 

Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.

Wassolatil qaimah.

Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.

Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.

Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah.

Innaka laatukhliful mi’ad.

Terjemahan Bahasa Melayu : 

Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan.

Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan,

Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

Doa Pendek Lain :

  • La haula wala quwwata illa billah, sodaqta wa bararta.

Kelebihan Baca Doa Selepas Azan

Selawat, atau pujian kepada Nabi Muhammad SAW, adalah amalan yang sangat penting dalam Islam. Membaca doa selepas azan juga merupakan satu cara untuk mengucapkan selawat kepada Baginda.

Panduan jakim kelebihan baca doa selepas azan

Rasulullah SAW bersabda :

”Barangsiapa yang mendengar azan, kemudian dia baca (doa azan selepas selesai azan);

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ

Maksudnya : Wahai Allah, Tuhan kepada panggilan sempurna ini dan solat yang didirikan, berikan kepada Muhammad kemuliaan dan keutamaan serta kurniakan kepada Baginda tempat terpuji sebagaimana yang Engkau janjikan.

.. Maka dia akan mendapat syafaatku.’’

Sumber : Diiktiraf JAKIM

Doa selepas azan dan iqamah juga boleh menjadi cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dalam doa ini, kita memohon agar Allah memberi keberkatan dan kekuatan dalam melaksanakan solat.

Baca juga mengenai bacaan tahiyyat akhir.

Amalan membaca doa selepas azan adalah mengikut sunnah yang ditekankan dalam Islam, dan melalui amalan ini, kita dapat memperkuat iman, ketaqwaan, serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Mustajab kalau kita berdoa selepas azan, contoh berdoa untuk dapat pakej haji dan umrah yang murah, berdoa supaya dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat dan banyak lagi.

By Azhar Mukmin

Azhar Mukmin adalah seorang penulis Islam yang bersemangat, yang komited untuk meneroka dan berkongsi ilmu tentang Islam melalui catatan blog yang menarik. Dengan hubungan yang kukuh dengan agama tersebut, En Azhar mencari inspirasi dari pengajaran Islam klasik dan isu-isu kontemporari, menyusun naratif yang merangsang pemikiran yang berkaitan dengan pembaca di seluruh dunia. Memegang ijazah dalam bidang pengajian Islam, menggabungkan pengetahuan akademik dengan perspektif moden, memupuk dialog dan pemahaman dalam komuniti Muslim global dalam dan di luar negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *